Friday, 2 November 2012

Funny Asia

"Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan. Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab. Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya. Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi. Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".hahahaha

Thursday, 26 July 2012

Oh sahabat

farah n` me
suraini n` me

segalanya bermula disini,tanpa sahabat kita akan hidup keseorangan tanpa hala tuju seperti orang buta yang kehilangan tongkatnya. ingatlah kata pepatah melayu `kawan untuk kita bersuka2 ramai tapi kawan untuk kita berkongsi duka dan masalah cuma seorang`. yang ader disayang yang pergi jangan dikenang. hargailah sahabat yang ader sebelum kita ditinggalkan sepi tanpa mereka yang bernama "TEMAN"

Majlis Tilawah KSKB SAS



senyum semua...kamilah wakil sem5 yang dilahirkan oleh KSKB SAS yang turut sama menghadirkan diri ker event kolej kami yang julung kali diadakan...bangga seh!! ppeewweeettt..

snap..snap!!


give me ur smile +_+
             

Sunday, 20 May 2012

Coretan Jiwa



"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

Saturday, 19 May 2012

Jangan ada benci




Saya harap awak faham, bahwa saya tak benci awak.
Saya harap awak faham, bahawa saya tak berdendam dengan awak.
Saya harap awak faham, bahwa saya tak marah pada awak...

Saya cuma terkilan...ya, cuma terkilan dengan tindak tanduk awak. Tapi saya maafkan awak. Tak pernah saya simpan marah, benci, dendam, pada awak.Teruskanlah kehidupan dengan tabah..tanamkan sifat sabar, kukuhkan keimanan dan ketaqwaan hanya pada Allah. Berserah, dan berharap hanya padaNya...InsyaAllah..semoga Allah melindungi dan memberkati kehidupan kita...

jangan ada benci.