Sunday 8 September 2013

Syukran YAAllah


"Semoga tahun 2013 nie walaupon hampir sampai ke penghujung akan memberi kesan yang baik pada saya. saya bersyukur kerana walaupon kita tidak dapat lari dari masalah,Allah itu sentiasa ada dan sayang pada kita. dia ambil sesuatu yang bagi kita baik tapi buruk padaNya dan gantikan ia dengan sesuatu yang lebih berharga..alhamdulillah YAAllah,kasihmu tiada bandingan didunia sementara ini"

Friday 6 September 2013

Tiga unsur jiwa

Akal
merupakan gabungan antara hati dan pemikiran. berperanan sebagai gedung hikmah dan lawannya kejahilan ilmu agama.

Marah (ghadab)
hampir serupa dengan keberanian dan lawannya adalah pengecut

Syahwat
menyerupai penjagaan kesucian diri (iffah) manakala lawannya menuruti hawa nafsu

Tuesday 5 March 2013

nilai setitis air mata


Air mata ibarat butiran mutiara yang sangat cantik. Namun kecantikan itu hanya terlihat dari sebuah kesedihan dan kedukaan sekeping hati. kesedihan ini  membuahkan kecantikan dan ironinya mendamaikan sekeping hati yang kian rawan.

kisah seorang gadis menjadi perhatian. Dia susah untuk menitiskan air mata. Hatinya keras seperti kerak nasi dan lebih keras dari batu. Walau apapun yang dilihat, dilalui atau dikatakan kepadanya hatinya tetap beku. susah untuknya mengalirkan air mata mahupun setitis demi nasib yang menimpa seseorang mahupun dirinya. Dia tetap dengan caranya. Jiwanya tetap kosong tanpa rasa. Sepi tanpa ada secebis air mata bahagia.

Namun di suatu ketika Allah telah menimpakan musibah kepadanya. Kini air mata menjadi penemannya. Tatkala mencari ruang untuk mencari kekuatan, air mata jugalah yang menjadi penawar tiap kedukaanya. Dia sendiri tidak mengerti mengapa kini dia mudah mengalirkan air mata saat merasakan hati yang tak terperi. Cuba menyelongkar hikmah kejadian ini dan mengapakah ia terjadi. Allah itu Maha mengetahui, hati yang keras dan kalis tangisan dulu kini lebur hanya dengan sedikit ujian darinya. Dia kini menangisi sesuatu yang tidak sepatutnya ditangiskan. Demi cinta yang lahir dari syaitan. Demi masa depan yang kini dirasakan musnah, berkecai dan hancur disebabkan kepentingan duniawi serta menangisi kegembiraan yang berlalu didepan mata tanpa dapat dirasai.

Allah tidak kejam kepada hambaNya. Allah tidak akan membiarkan hambaNya lemas dalam air mata dunia. Dia datangkan seorang sahabat untuk mengingati yang terlupa walau selaut dosa yang dihampar kepadaNya supaya kita sedar tangisan itu hanya layak untuk Allah sahaja. Sesungguhnya Alla Maha Bijaksana, Maha mengasihani dan ujian yang diberikan kepada hambaNya adalah segunung hikmah yang sukar untuk kita fahami. Nilai seberaapa banyak air mata yang kita tumpahkan untukNya mahupun perkara yang tidak bermanfaat....

Friday 28 December 2012

Bukakanlah pintu taubat



Apabila seseorang ingin berubah ke arah kebaikan

Jangan memperbesar-besarkan kesalahannya yang lalu
Jangan merendah-rendahkan niatnya untuk berubah
Berikan saranan yang mampu dilakukan olehnya
Bersikap mesralah kepadanya meskipun tiada apa yang boleh kita lakukan untuk membantunya
Ruang yang paling besar di dalam dunia ini adalah ruang untuk memperbaiki diri,maka janganlah kita lari dari mengubah corak kehidupan kita yang salah kepada jalan yang pasti mendapat keredhaan Allah SWT

Mata


Dalam dunia ni, ada 2 jenis mata.

Mata lebah
Sentiasa cari yang baik, yang manis dan yang bagus.contohnya madu, bunga 

Mata lalat 
sentiasa cari yang kotor, yang x bgus, yang busuk ,yang jahat. contohnya keburukan orang.
Mata kita macam mana pulak?kalau sentiasa cari salah orang, langsung xnak cari baiknye orang, hentikanlah perangai sebegitu.Kalau kita cari baiknye seseorang itu, maka kita akan jumpe baiknye terlebih dahulu daripada jahatnya.Sama-samalah kita, kita harus memperbetulkan persepsi kita terhadap sesetengah orang..Mungkin jua mereka itu lebih baik dari kita.maka kita janganlah sentiasa mencari kesalahan orang sedangkan kita tidak menyedari kita jua ada melakukan kesalahan.. 

Thursday 27 December 2012

2012 vs 2013


Gambar 2012 yang baru saja diambil...semakin berusia rupanyer erk??hehehe..semoga ader perubahan pada tahun 2013 nnti...dah nak dekat dah nie..selamat tahun baru..new year new style!!

Azam tahun baru apa erk,erm. rasenyer nak tukar prngai yang hodoh nie jadi yang lebih baek kowt..insyaallah."Ya Allah semoga aku bderupaya melaksanakan azam aku dengan sempurna disamping mendapat hidayah dan petunjukmu..amin..."

Saturday 24 November 2012

Ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita




SABAR
Lelaki yang panas baran serta ringan mulut mengeluarkan kata2 kasar dan kesat mencalarkan jiwa wanita. bagi yang sabar akan menimbulakan rasa kagum pada wanita.

CEKAP
sentiasa teratur dan cekap dalam menjalankan tugas menunjukkan dirinya siap sedia, terancang dan tidak kelam-kabut.

PENYAYANG
menujukkan seseorang yang mampu melindungi diri dan orang lain daripada perkara yang tidak disukai. kaseh sayang dapat dirasai wanita apabila seorang lelaki menunjukkan kasih sayangnya kepada ibu bapa dan orang lain.

MUDAH MESRA
sikap yang mudah mesra yang ada pada seorang lelaki membuatkan wanita mudah mendampinginya dan cuba mengenalinya dengan lebih dekat.

TEGAS
ketegasan yang membuatkan wanita cenderung kepada lelaki adalah ketegasan berasas, tetap pendirian dan jelas dengan apa yang dipegangnya.

BERAGAMA
lelaki mencari wanita yang beragama supaya wanita yang dipilih mampu menjaga dirinya apabila berjauhan. wanita cenderung kepada lelaki yang beragama sebagai pembimbingnya kelak...