Latahzan innallaha ma`ana "jangan bersedih Allah bersama kita"
Friday, 28 December 2012
Mata
Dalam dunia ni, ada 2 jenis mata.
Mata lebah
Sentiasa cari yang baik, yang manis dan yang bagus.contohnya madu, bunga
Mata lalat
sentiasa cari yang kotor, yang x bgus, yang busuk ,yang jahat. contohnya keburukan orang.
Mata kita macam mana pulak?kalau sentiasa cari salah orang, langsung xnak cari baiknye orang, hentikanlah perangai sebegitu.Kalau kita cari baiknye seseorang itu, maka kita akan jumpe baiknye terlebih dahulu daripada jahatnya.Sama-samalah kita, kita harus memperbetulkan persepsi kita terhadap sesetengah orang..Mungkin jua mereka itu lebih baik dari kita.maka kita janganlah sentiasa mencari kesalahan orang sedangkan kita tidak menyedari kita jua ada melakukan kesalahan..
Thursday, 27 December 2012
2012 vs 2013
Gambar 2012 yang baru saja diambil...semakin berusia rupanyer erk??hehehe..semoga ader perubahan pada tahun 2013 nnti...dah nak dekat dah nie..selamat tahun baru..new year new style!!
Azam tahun baru apa erk,erm. rasenyer nak tukar prngai yang hodoh nie jadi yang lebih baek kowt..insyaallah."Ya Allah semoga aku bderupaya melaksanakan azam aku dengan sempurna disamping mendapat hidayah dan petunjukmu..amin..."
Saturday, 24 November 2012
Ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita
SABAR
Lelaki yang panas baran serta ringan mulut mengeluarkan kata2 kasar dan kesat mencalarkan jiwa wanita. bagi yang sabar akan menimbulakan rasa kagum pada wanita.
CEKAP
sentiasa teratur dan cekap dalam menjalankan tugas menunjukkan dirinya siap sedia, terancang dan tidak kelam-kabut.
PENYAYANG
menujukkan seseorang yang mampu melindungi diri dan orang lain daripada perkara yang tidak disukai. kaseh sayang dapat dirasai wanita apabila seorang lelaki menunjukkan kasih sayangnya kepada ibu bapa dan orang lain.
MUDAH MESRA
sikap yang mudah mesra yang ada pada seorang lelaki membuatkan wanita mudah mendampinginya dan cuba mengenalinya dengan lebih dekat.
TEGAS
ketegasan yang membuatkan wanita cenderung kepada lelaki adalah ketegasan berasas, tetap pendirian dan jelas dengan apa yang dipegangnya.
BERAGAMA
lelaki mencari wanita yang beragama supaya wanita yang dipilih mampu menjaga dirinya apabila berjauhan. wanita cenderung kepada lelaki yang beragama sebagai pembimbingnya kelak...
Friday, 2 November 2012
Funny Asia
"Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan. Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab. Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya. Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi. Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".hahahaha
Thursday, 26 July 2012
Oh sahabat
farah n` me
suraini n` me
segalanya bermula disini,tanpa sahabat kita akan hidup keseorangan tanpa hala tuju seperti orang buta yang kehilangan tongkatnya. ingatlah kata pepatah melayu `kawan untuk kita bersuka2 ramai tapi kawan untuk kita berkongsi duka dan masalah cuma seorang`. yang ader disayang yang pergi jangan dikenang. hargailah sahabat yang ader sebelum kita ditinggalkan sepi tanpa mereka yang bernama "TEMAN"
Majlis Tilawah KSKB SAS
senyum semua...kamilah wakil sem5 yang dilahirkan oleh KSKB SAS yang turut sama menghadirkan diri ker event kolej kami yang julung kali diadakan...bangga seh!! ppeewweeettt..
Subscribe to:
Posts (Atom)






