Saturday, 24 November 2012

Ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita




SABAR
Lelaki yang panas baran serta ringan mulut mengeluarkan kata2 kasar dan kesat mencalarkan jiwa wanita. bagi yang sabar akan menimbulakan rasa kagum pada wanita.

CEKAP
sentiasa teratur dan cekap dalam menjalankan tugas menunjukkan dirinya siap sedia, terancang dan tidak kelam-kabut.

PENYAYANG
menujukkan seseorang yang mampu melindungi diri dan orang lain daripada perkara yang tidak disukai. kaseh sayang dapat dirasai wanita apabila seorang lelaki menunjukkan kasih sayangnya kepada ibu bapa dan orang lain.

MUDAH MESRA
sikap yang mudah mesra yang ada pada seorang lelaki membuatkan wanita mudah mendampinginya dan cuba mengenalinya dengan lebih dekat.

TEGAS
ketegasan yang membuatkan wanita cenderung kepada lelaki adalah ketegasan berasas, tetap pendirian dan jelas dengan apa yang dipegangnya.

BERAGAMA
lelaki mencari wanita yang beragama supaya wanita yang dipilih mampu menjaga dirinya apabila berjauhan. wanita cenderung kepada lelaki yang beragama sebagai pembimbingnya kelak...

Friday, 2 November 2012

Funny Asia

"Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan. Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab. Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya. Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi. Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".hahahaha