Sunday, 20 May 2012

Coretan Jiwa



"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

Saturday, 19 May 2012

Jangan ada benci




Saya harap awak faham, bahwa saya tak benci awak.
Saya harap awak faham, bahawa saya tak berdendam dengan awak.
Saya harap awak faham, bahwa saya tak marah pada awak...

Saya cuma terkilan...ya, cuma terkilan dengan tindak tanduk awak. Tapi saya maafkan awak. Tak pernah saya simpan marah, benci, dendam, pada awak.Teruskanlah kehidupan dengan tabah..tanamkan sifat sabar, kukuhkan keimanan dan ketaqwaan hanya pada Allah. Berserah, dan berharap hanya padaNya...InsyaAllah..semoga Allah melindungi dan memberkati kehidupan kita...

jangan ada benci.